Selasa, 03 Maret 2009

Mabuk Laut ?..... Ini Solusinya


Mabuk Laut ?..... Ini Solusinya

Sewaktu menjalankan aktivitas memancing dilaut biasakan makan permen yang ada rasa asamnya, hal ini dapat membantu menjaga tenggorokan tidak kering. Cengkeh juga dapat membantu sebagai langkah ikhtiar mencegah mabuk atau mual serta tenggorokan kering.
Bawalah Permen dan Buah-buahan yang Agak Asam

Sewaktu menjalankan aktivitas memancing dilaut biasakan makan permen yang ada rasa asamnya, hal ini dapat membantu menjaga tenggorokan tidak kering. Cengkeh juga dapat membantu sebagai langkah ikhtiar mencegah mabuk atau mual serta tenggorokan kering.
Faktor lain yang perlu dilakukan ialah memakan buah-buahan asam dan mengandung banyak air supaya badan sentiasa berada dalam keadaan lembab hal ini membantu agar badan mengeluarkan keringat.

Bau Solar Membuat Semakin Mabuk

Kepada para pemancing, mabuk laut adalah asam garam dalam menjalankan aktivitas memancing. Bagaimanapun, jika terasa mabuk ketika terperangkap dalam keadaan ribut dan gelombang besar, anda tidak harus memaksakan diri untuk masuk kedalam kabin atau ruang tertutup. Sebaliknya, udara yang bertiup dari luar adalah bersih bagus dan boleh dianggap sebagai penawar mabuk atau pusing. Udara segar itu perlu dimanfaatkan walaupun angin bertiup kencang. Di samping itu, pemancing jangan berbaring di tempat yang sempit dan dalam keadaan udara yang tidak bersih atau ada bau solar, kerana bau asap diesel bisa menambahkan rasa mabuk yang membuat anda akan terus muntah-muntah.

Perawatan ketika mabuk laut

Biasanya, kita kurang berminat untuk memberikan pertolongan kepada rekan sesame pemancing yang lagi mabuk laut ketika kita sedang menjalankan aktivitas memancing. Alasannya kerana kita takut ikut-ikutan mabuk juga. Sepatutnya menjadi tanggungjawab anda untuk memberi perawatan kepada mereka yang menghadapi situasi seperti itu. Sekurang-kurangnya memberikan pijitan di tengkuknya supaya muntahnya keluar lebih lancer agar ia lebih cepat lega. Rekan yang mabuk sudah tentu tidak berdaya untuk bangun atau bergerak jika keadaan berlarutan. Langkah pertama, anda harus membantu mereka supaya duduk bersandar dan memijit bagian tengkuk serta pangkal telinga dengan perlahan-lahan. Ia perlu diberi air putih agak banyak agar dapat melegakan tenggorokan dan perutnya. Malah jika perlu beri ia air gula bercampur garam untuk menggantikan cairan tubuhnya yang sudah habis keluar bersama muntah. Jika ini dilakukan, ia akan lebih cepat segar. Dengan cara apapun perut harus diisi. Ini kerana selepas menerima minuman atau makanan ringan, ia akan muntah semula. Anda jangan panik kerana ini satu cara perawatan yang perlu lakukan. Rekan yang muntah perlu diistirahatkan dari aktivitas memancing demi untuk memulihkan kesehatan dan kesegaran tubuhnya. Namun dalam keadaan apa juga, ia perlu dikawal kerana ketika memancing dalam kapal, kemudahan perawatan adalah keharusan. Justru, anda adalah jururawat dan anda juga doktor ketika itu. Langkah terbaik, rebahkan ia dalam keadaan separuh berbaring di luar kabin atau di tempat terbuka. Kalau boleh di belakang kapal. Ini untuk mendapat udara laut yang segar. Tetapi ingat, pastikan ia tidak menghirup asap mesin kerana akan memburukkan keadaan. Usahakan ia tidur terus sehingga terbangun sendiri. Insya-Allah mereka yang terserang mabuk laut itu akan beransur pulih dan dapat meneruskan aktivitas memancing. Tetapi anda tidak perlu memaksa diri mereka untuk melawan pening dan muntah selepas kepulihannya.

0 komentar: